fb fb fb fb fb

Swisscom dalam perbincangan beli Vodafone Itali

Foto Reuters

ZURICH, 28 Februari - Gergasi Telekomunikasi Britain, Vodafone kini dalam perbincangan lanjut bagi menjual pegangannya di Itali kepada syarikat Switzerland, Swisscom.

Pada perbincangan tersebut, kedua-dua syarikat bersetuju dengan harga bidaan awal sebanyak lapan bilion Euro, menurut kenyataan Vodafone.

Sebelum ini, Vodafone telah menolak bidaan dari syarikat kepunyaan jutawan Perancis, Xavier Niel iaitu Liad Group.

Vodafone turut berkata syarikat tersebut telah bekerjasama dengan beberapa pihak bagi meneroka pasaran di Itali.

Namun, potensi transaksi dengan Swisscom merupakan kombinasi terbaik merangkumi penciptaan nilai, hasil tunai pendahuluan dan kepastian transaksi untuk pemegang saham Vodafone".

Bagaimanapun, kedua-dua syarikat memberi amaran bahawa tiada kepastian transaksi itu akhirnya akan dipersetujui dalam satu kenyataan berasingan.

Pengambilalihan itu akan dibuat secara tunai dan bebas hutang, kata Vodafone.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD