fb fb fb fb fb

Serangan udara Myanmar dorong perpindahan, tingkatkan diskriminasi sedia ada- PBB

Foto Fail/ REUTERS

GENEVA, 19 Mac -Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres cemas dengan laporan bahawa serangan udara tentera di Myanmar, termasuk pada Isnin di perbandaran Minbya, telah membunuh dan mencederakan ramai orang awam, kata seorang jurucakap PBB.

Myanmar telah dilanda kekacauan sejak tentera merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih dalam rampasan kuasa 2021.

“Perluasan konflik di Rakhine mendorong perpindahan dan memburukkan lagi kelemahan dan diskriminasi yang sedia ada.

"Setiausaha agung menyeru semua pihak untuk mencegah lagi hasutan ketegangan kaum," kata jurucakap itu.

Muslim Rohingya telah berdepan dengan penganiayaan di Myanmar yang majoritinya beragama Buddha selama beberapa dekad dan hampir sejuta daripada mereka tinggal di kem yang penuh sesak di daerah sempadan Cox’s Bazar, Bangladesh.

Kebanyakan mereka melarikan diri daripada tindakan keras tentera pada 2017.

Pemerintah tentera Myanmar melihat Rohingya sebagai penceroboh asing dan telah menafikan kewarganegaraan mereka.

Memetik kata penduduk tempatan, Radio Free Asia melaporkan pada Jumaat, seramai 23 orang telah terbunuh dan 30 lagi cedera apabila sebuah jet pejuang menjatuhkan bom di Thar Dar, sebuah perkampungan yang kebanyakannya kaum Rohingya kira-kira 5km di utara Minbya. -REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI