
MOSCOW, 10 Jun – Tiga letupan dilaporkan berlaku di sebuah saluran paip gas utama di bandar Kizilyurt, wilayah Dagestan dekat Caucasus Utara, Rusia yang mencetuskan kebakaran besar.
- Kementerian Kecemasan mengesahkan letupan berlaku pada saluran paip gas utama berdiameter 1,200 milimeter; punca masih disiasat.
- Rakaman pentadbiran tempatan menunjukkan api marak dan kepulan asap tebal menyelubungi kawasan kejadian.
- Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau tahap kerosakan setakat ini.
- Kebakaran dipercayai melibatkan stesen pengagihan gas di zon perindustrian; pasukan kecemasan dikerahkan untuk kawal dan nilai risiko.
Menurut Kementerian Kecemasan Dagestan, letupan itu berlaku pada saluran paip gas utama berdiameter 1,200 milimeter, namun punca kejadian masih dalam siasatan.
“Berdasarkan maklumat awal, tiga letupan berlaku pada saluran paip gas utama dan butiran lanjut akan dimaklumkan” menurut kenyataan kementerian itu.
Berdasarkan rakaman yang dikeluarkan pentadbiran tempatan Kizilyurt menunjukkan api marak dengan kepulan asap tebal menyelubungi kawasan kejadian.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau tahap kerosakan yang dialami akibat insiden tersebut.
Pejabat Datuk Bandar Kizilyurt memaklumkan kebakaran berlaku di zon perindustrian bandar itu dan dipercayai melibatkan sebuah stesen pengagihan gas.
Pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran dan menilai risiko keselamatan di kawasan sekitar, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar letupan.