fb fb fb fb fb

Saham Netflix susut pada suku pertama tahun ini

SAN FRANCISCO, 20 April- Perkhidmatan penstriman terkemuka, Netflix kehilangan satu perempat daripada nilai sahamnya susulan panyusutan jumlah langganan pada suku pertama tahun ini.

Ia merupakan kali pertama dalam tempoh sedekad, laman berkenaan kehilangan langganan seumpamanya.

Syarikat tersebut mendakwa pengurangan tersebut disebabkan penggantungan perkhidmatan di Rusia akibat pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Netflix menamatkan suku pertama tahun ini dengan 221.6 juta langganan, berkurangan sedikit berbanding suku akhir tahun lalu.

(Foto hiasan)

Firma teknologi Silicon Valley melaporkan, pendapatan bersih yang direkodkan adalah $1.6 bilion pada suku yang berakhir baru-baru ini, berbanding $1.7 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Saham Netflix susut lebih daripada 25 peratus kepada $259.30 selepas dagangan ditutup.

Netflix percaya bahawa antara faktor yang menghalang pertumbuhannya termasuk pelanggan berkongsi akaun mereka dengan individu lain yang tidak tinggal di kediaman sama.

Gergasi penstriman itu menganggarkan selain 222 juta isi rumah yang membayar perkhidmatan tersebut, akaun dikongsi dengan lebih 100 juta isi rumah lain yang tidak membayar yuran langganan.

Sehubungan itu, Netflix sedang meneliti kaedah untuk menjana pendapatan daripada individu yang berkongsi akaun seperti membuat ciri tambahan supaya pelanggan membayar lebih untuk menambah isi rumah lain ke akaun sedia ada.

"Jika anda mempunyai adik perempuan, yang tinggal di bandar berbeza dan mahu berkongsi, ia adalah perkara baik.

Kami tidak akan menyekat perkongsian tersebut, namun kami akan meminta supaya anda membayar lebih apabila mahu berkongsi," kata Ketua Pegawai Produk, Greg Peters.

Faktor lain yang menyekat pertumbuhan Netflix adalah persaingan sengit daripada syarikat gergasi seperti Apple dan Disney. -AFP

Media Baharu