fb fb fb fb fb

Rusia tahan individu rancang sabotaj kereta api di Nizhny Novgorod

Foto Hiasan/Reuters

MOSCOW, 10 Disember- Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) pada Selasa mengumumkan penahanan seorang individu yang mempunyai dua kerakyatan Rusia-Jerman, yang disyaki merancang tindakan sabotaj di landasan kereta api di Nizhny Novgorod, sebuah bandar yang terletak kira-kira 450 kilometer di timur Moscow.

FSB tidak mendedahkan identiti suspek tetapi memaklumkan lelaki tersebut dilahirkan pada tahun 2003.

Pihak berkuasa mendakwa telah menemui alat letupan buatan (IED) di rumahnya, bersama bukti komunikasi dengan anggota perkhidmatan khas Ukraine.

Setakat ini, perkhidmatan perisikan tentera dan keselamatan negara Ukraine belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk komen.

Pegawai Rusia sebelum ini telah mengaitkan kumpulan sabotaj pro-Ukraine dengan pelbagai serangan ke atas landasan kereta api yang bertujuan mengganggu bekalan ke barisan hadapan sejak perang bermula pada Februari 2022.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM