OSLO, 3 Mac- Raja Norway, Raja Harald V akan menjalani rawatan lanjut di Rikshospitalet sebaik berangkat tiba di Norway.
Istana Diraja Norway memaklumkan, Raja Harald V, 87, telah dipasang perentak jantung (pacemaker) sementara bagi menjadikan kepulangan baginda lebih selamat.
“Baginda akan bercuti selama dua minggu. Dalam tempoh ini, Putera Mahkota akan menjalankan tugas sebagai pemangku raja,” menurut kenyataan itu.
Semalam, Raja Harald V berjaya menjalani prosedur implan perentak jantung di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi.
Prosedur itu dilaksanakan berikutan kadar denyutan jantung baginda yang lemah seperti yang disahkan oleh doktor peribadi baginda, Bjorn Bendz.
Raja Harald V menerima rawatan di Langkawi selepas gering disebabkan jangkitan ketika bercuti di Malaysia. -AFP
ARTIKEL BERKAITAN
Raja Norway dirawat di hospital di Langkawi kerana jangkitan
Raja Norway semakin pulih, terima rawatan terbaik di Langkawi