fb fb fb fb fb

Gencatan senjata dalam tempoh 24 hingga 48 jam jika Israel penuhi tuntutan Palestin

Kereta kebal milik Zionis Israel di sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza/Foto AFP

GAZA, 3 Mac - Seorang pegawai kanan Hamas memaklumkan gencatan senjata di Gaza boleh berlaku "dalam tempoh 24 hingga 48 jam".

Jaminan itu diberitahu sekiranya Israel menerima tuntutan kumpulan Palestin dalam rundingan yang sedang berlangsung.

"Jika Israel bersetuju dengan tuntutan Hamas termasuk penempatan kembali penduduk Palestin di utara Gaza dan memberikan pertambahan bantuan kemanusiaan, ia boleh membawa kepada perjanjian damai dalam 24 hingga 48 jam," kata pegawai yang enggan identitinya didedahkan.

Rundingan dijadual bersambung di Kaherah. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN