KAHERAH, 3 Mac - Delegasi Hamas, Qatar dan Amerika Syarikat (AS) tiba di Mesir 'untuk meneruskan rundingan baharu' bagi gencatan senjata bagi meredakan peperangan di Gaza, lapor akhbar Al-Qahera News kelmarin.
Difahamkan, Kaherah, Doha dan Washington menjadi orang tengah dalam rundingan gencatan senjata selama berminggu-minggu berikutan situasi yang semakin meruncing setelah peperangan berlarutan selama lima bulan antara Israel dan pejuang Hamas yang tercetus sejak 7 Oktober lalu.
Pada ketika ini, rundingan untuk menguatkuasakan tempoh bertenang masih diteruskan di Kaherah.- AFP