GAZA, 3 Mac - Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak maut sejak beberapa hari lalu akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi di hospital Kamal Adwan, Gaza.
"Kami bimbang akan nyawa 6 kanak-kanak lain yang ekoran mengalami kekurangan zat makanan dan cirit-birit yang kini dirawat di unit rawatan rapi hospital," kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra.
Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan berkata situasi itu semakin membimbangkan dengan bekalan elektrik terputus, kekurangan oksigen, serta kelemahan fasiliti perubatan di hospital - REUTERS