fb fb fb fb fb

Raja Norway semakin pulih, terima rawatan terbaik di Langkawi

Raja Harald V

OSLO, 29 Februari- Raja Norway, Raja Harald V yang kini dirawat di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi akibat jangkitan dilapor masih dalam keadaan lemah, namun kesihatannya bertambah baik.

Menurut Istana Diraja Norway, Raja Harald, 87, akan kekal di hospital berkenaan untuk beberapa hari, dan masih tidak diketahui bila baginda akan pulang ke Norway.

"Doktor peribadi baginda sudah berada di Langkawi dan mengesahkan baginda semakin pulih daripada jangkitannya. Baginda dijaga dengan baik di hospital dan sedang menerima rawatan yang baik.

"Baginda akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi. Tiada keputusan dibuat berhubung kepulangan baginda," jelasnya dalam kenyataan.

Terdahulu, Raja Harald berada di Langkawi untuk bercuti, namun diserang jangkitan.

Raja Harald menjadi ketua negara istiadat Norway sejak 1991 dan merupakan raja tertua yang masih hidup di Eropah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, baginda telah berulang kali dimasukkan ke hospital dengan jangkitan dan pelbagai masalah pernafasan, selain menjalani pembedahan jantung.

Selama ketiadaannya, anaknya, Putera Mahkota Haakon, 50, dilantik sebagai pemangku raja. -AFP

2902 BD RAJA NORWAY LANGKAWI 2
Kenderaan dengan nombor pendaftaran diplomatik dilihat di pekarangan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi /AFP

ARTIKEL BERKAITAN
Raja Norway dirawat di hospital di Langkawi kerana jangkitan

SITI AISHAH MD ISA