fb fb fb fb fb

Jerman tuan rumah rundingan damai Azerbaijan dan Armenia

Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock / Foto Reuters

BERLIN, 28 Februari- Jerman menjadi tuan rumah kepada rundingan damai antara Azerbaijan dan Armenia selama dua hari.

Insiatif rundingan damai berkenaan berlangsung lima bulan selepas Azerbaijan menawan semula wilayah Karabakh daripada penduduk etnik Armenia yang majoritinya menduduki wilayah berkenaan.

Tindakan Azerbaijanmenyebabkan penghijrahan secara besar-besaran etnik Armenia.

Azerbaijan sebelum ini menolak penglibatan kuasa luar yang broker kepada perjanjian kedua-dua negara bertelagah.

Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev sebelum ini menuduh Amerika Syarikat menjejaskan hubungan kedua-dua negara dengan menyebelahi Armenia.

Namun, tindakan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock yang berkunjung ke Armenia dan Azerbaijan disamping Canselor Jerman, Olaf Scholz yang bertemu Aliyev dan Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan pada Persidangan Keselamatan Munich bulan ini memberi hapan baharu kepada rundingan damai antara Azerbaijan dan Armenia.

Pada Disember tahun lalu, kedua-dua negara selatan Kaukasus itu telah membuat kenyataan bersama bahawa kedua-dua negara menginginkan perjanjian damai.

Pada rundingan berkenaan, Menteri Luar Jerman, Baerbock akan mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan sejawatnya daripada kedua-dua negara pada Rabu sebelum menjadi tuan rumah kepada mesyuarat tiga hala.

Antara perkara yang bakal menjadi tumpuan pada mesyuarat itu merangkumi perjanjian berkaitan sempadan bersama dengan masing-masing memegang enklaf kecil yang dikelilingi oleh wilayah masing-masing.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia pernah mencuba bagi menjadi perantara kepada kedua-dua negara selama 10 tahun.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD