fb fb fb fb fb

Pyongyang tutup sempadan dengan Korea Selatan

Gambar Agensi Berita Pusat Korea (KCNA)/ AFP

SEOUL, 9 Oktober- Tentera Korea Utara dalam perancangan "menutup dan menyekat sempadan dengan Korea Selatan secara kekal."

Seoul telah memaklumkan perkara itu kepada tentera Amerika Syarikat untuk mengelakkan pertempuran tidak sengaja.

Pyongyang dalam satu kenyataan berkata, Korea Utara akan "menutup jalan dan landasan kereta api" yang dilihat memudahkan perjalanan antara Korea Utara dan Korea Selatan.

Korea Utara menyifatkan langkah berkenaan sebagai "langkah ketenteraan utama". Dalam pada itu, seorang penganalisis mencadangkan ia adalah kesinambungan proses berikutan konflik lama yang timbul.

Hubungan antara Korea Utara dan Korea Selatan berada pada titik terendah dalam beberapa tahun ini, dengan Pyongyang menutup agensi khusus untuk penyatuan semula dan mengisytiharkan Korea Selatan sebagai "musuh utama".

Negara bersenjata nuklear itu dijangka membatalkan perjanjian yang ditandatangani pada 1991 iaitu sebahagian daripada usaha pemimpin Korea Utara Kim Jong Un untuk menamakan Korea Selatan sebagai negara musuh secara rasmi.

Walaupun sempadan merupakan perkara yangh dinilai dalam ketenteraan di dunia, ia masih gagal menghalang Korea Utara daripada menyeberanginya Korea Selatan.

Seoul melaporkan Pyongyang pada Julai telah menghabiskan masa berbulan-bulan meletakkan periuk api dan mendirikan sekatan sambil mengubah kawasan itu menjadi tanah terbiar di sepanjang sempadan.

Sebelum itu pada Jun, tentera Korea Selatan memaklumkan ramai askar Korea Utara yang ditugaskan untuk mengukuhkan sempadan menjadi mangsa akibat letupan periuk api.

Pada bulan yang sama, agensi perisik Seoul telah mengesan Korea Utara sedang merobohkan bahagian-bahagian landasan kereta api yang menghubungkan kedua-dua negara itu.

"Korea Utara telah pun merobohkan bahagian-bahagian kereta api Laluan Donghae, dengan niat untuk memutuskan sepenuhnya hubungannya ke Korea Selatan," kata Presiden Universiti Pengajian Korea Utara di sini, Yang Moo-jin kepada AFP.

Tentera Korea Utara hari ini berkata, keputusan itu merupakan "langkah pertahanan diri" sebagai tindak balas kepada "latihan perang" Korea Selatan dan lawatan aset nuklear strategik Amerika Syarikat.

Pyongyang pada Rabu turut menamakan No Kwang Chol sebagai Menteri Pertahanan baharunya, menggantikan Kang Sun Nam.

Pengumuman pelantikan No dibuat sehari selepas Ketua Pertahanan Seoul berkata tentera Korea Utara berkemungkinan bertempur di Ukraine bersama-sama tentera Rusia.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI