SEOUL, 14 Disember - Presiden Korea Selatan yang dipecat, Yoon Suk Yeol, mengumumkan bahawa beliau akan berundur selepas parlimen meluluskan usul undi pemecatannya.
"Walaupun saya perlu berundur buat sementara waktu, perjalanan ini demi menuju masa depan... tidak akan terhenti," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Daripada 300 ahli parlimen, 204 menyokong pemecatan beliau, 85 menolak, tiga berkecuali, dan lapan undi dibatalkan.
Yoon kini digantung daripada jawatan presiden sementara Mahkamah Perlembagaan meneliti keputusan itu.
Sekiranya Mahkamah Perlembagaan menyokong usul pemecatan, Yoon akan menjadi presiden kedua dalam sejarah Korea Selatan yang disingkirkan melalui proses ini. - AFP