fb fb fb fb fb

Penyelamat gerudi dari dua arah, misi keluarkan 41 pekerja terperangkap dalam terowong

Jengkaut digunakan bagi mengalihkan tanah, konkrit dan runtuhan dari terowong yang sedang dalam pembinaan di Uttarakhand, utara Himalaya sejak 12 November, apabila sebahagian daripada terowong itu runtuh/ AFP

DEHRADUN, 22 November- Pasukan penyelamat India meneruskan misi menyelamat untuk membawa keluar 41 pekerja yang terperangkap dalam terowong yang runtuh selama 11 hari.

Pasukan penyelamat kini sedang menggerudi dari dua arah dalam usaha menggali laluan sepanjang hampir setengah kilometer untuk mencapai mangsa yang semakin terdesak.

Jengkaut digunakan bagi mengalihkan tanah, konkrit dan runtuhan dari terowong yang sedang dalam pembinaan di Uttarakhand, utara Himalaya sejak 12 November, apabila sebahagian daripada terowong itu runtuh.

Namun usaha menyelamat menjadi rumit dengan serpihan yang jatuh serta kerosakan berulang pada mesin penggerudi berat.

Seorang wartawan AFP di tapak itu berkata tapak itu sibuk dengan jengkaut dan trak berat yang membawa masuk tiub ke pintu masuk terowong.

Tiub tersebut direka untuk menjadi laluan keluar yang selamat kerana penggerudian secara mendatar ke arah mangsa.

Sekurang-kurangnya 57 meter (187 kaki) tanah dan batu masih memisahkan mangsa yang terperangkap dengan usaha menyelamat.

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami berkata "kemajuan positif yang dicapai dalam 24 jam terakhir", tanpa berkongsi butiran lanjut.

Semalam, imej kesemua 41 pekerja dilihat buat pertama kali menerusi lensa kamera endoskopik yang dihantar oleh penyelamat.

Kesemua mangsa yang terperangkap berada dalam ruang kira-kira 8.5 meter (28 kaki) tinggi, sepanjang kira-kira dua kilometer (1.2 batu) panjang. - AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI