
TAIPING, 15 September – Seramai 76 penduduk daripada 24 keluarga terjejas banjir di daerah Larut, Matang dan Selama, setakat 8 pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- PPS Dewan Orang Ramai Changkat Larah dibuka malam tadi bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.
- Penduduk dipindahkan dari Taman Larah Damai, Kampung Changkat, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara.
- Bacaan Sungai Kurau di Bukit Merah 19.61 meter melepasi tahap amaran 19.50 meter.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Changkat Larah yang dibuka 8:30 malam tadi.
PPS berkenaan menempatkan penduduk dari Taman Larah Damai, Kampung Changkat, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara.
Sementara itu, Sungai Kurau di Bukit Merah merekodkan bacaan 19.61 meter setakat pukul 7 pagi ini, melepasi tahap amaran 19.50 meter.