SANAA, 21 Mac- Kumpulan Huthi di Yaman melancarkan lagi serangan menggunakan peluru berpandu balistik hipersonik yang kali ini menyasarkan sasaran ketenteraan Israel di selatan Jaffa.
Jurucakap tenteranya Yahya Saree dalam kenyataan berkata serangan itu dilakukan oleh pasukan peluru berpandu Angkatan Bersenjata Yaman menggunakan peluru berpandu "Palestin 2".
"Pasukan peluru berpandu Angkatan Bersenjata Yaman telah melaksanakan operasi ketenteraan yang bersasar, menyerang satu sasaran ketenteraan Israel di selatan wilayah Jaffa yang diduduki (Zionis) dengan peluru berpandu balistik hipersonik Palestin 2.
"Operasi ini berjaya mencapai matlamatnya. Ini adalah serangan kedua dalam tempoh 24 jam," katanya.
Tindakan berkenaan adalah sebagai sokongan kepada rakyat Palestin dan tindak balas terhadap serangan Israel di Gaza ketika ini yang mencabuli perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa sejak 19 Januari lepas.
Yahya turut menegaskan serangan Huthi ke atas sasaran di Palestin yang diduduki Zionis akan diperluaskan sekiranya serangan Israel terhadap Gaza tidak dihentikan. -AFP
BERITA BERKAITAN
- Huthi lancar serangan baharu sasar lapangan terbang Israel
- Huthi serang Israel susulan pencabulan gencatan senjata di Gaza
- Israel cabul gencatan senjata, kecaman global memuncak
- Palestin mohon sesi tergempar Majlis Liga Arab
- Hamas sahkan Ketua Pentadbiran Essam al-Dalis terbunuh
- Netanyahu terus dikecam pertaruh nyawa tebusan