fb fb fb fb fb

Pelancong Brazil maut terjatuh di Gunung Rinjani

Foto AFP

JAKARTA, 25 Jun - Seorang pelancong Brazil, Juliana Marins, 26, ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam jurang sedalam 600 meter di Gunung Rinjani, Lombok.

Kementerian Luar Brazil dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika mendaki gunung berapi popular itu.

“Kerajaan Brazil dengan dukacita mengumumkan kematian pelancong Brazil, Juliana Marins, yang terjatuh dari tebing berhampiran laluan kawah Gunung Rinjani,” jelas kenyataan tersebut. 

Sementara itu, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia, Mohammad Syafii berkata pasukannya berjaya menemukan mangsa namun hanya boleh memindahkan jasadnya pada pagi Rabu berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

“Salah seorang penyelamat berjaya sampai ke lokasi mangsa dan mengesahkan tiada tanda-tanda mangsa masih hidup. Tiga anggota penyelamat lagi turut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Gunung Rinjani merupakan tarikan utama pelancong di Pulau Lombok yang terkenal dengan pantai dan kehijauan alam semula jadi.

Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia itu sering didaki pelancong dan pengembara bagi menikmati pemandangan menakjubkan dari puncaknya. - AFP

 

 

 

 

 

 

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN