fb fb fb fb fb

PBB kutuk serangan bersenjata di Kashmir

Foto AFP

WASHINGTON, 23 April- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di kawasan pelancongan Pahalgam di selatan Kashmir yang meragut puluhan nyawa.

Jurucakap, Stephane Dujarric Guterres menerusi kenyataan rasmi menegaskan bahawa serangan bersenjata di Jammu dan Kashmir pada 22 April adalah amat dikesali dan tidak boleh diterima.

“Setiausaha Agung mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut dan menegaskan bahawa sebarang serangan terhadap orang awam adalah tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas insiden yang berlaku di pusat pelancongan Pahalgam, dalam wilayah yang dilanda konflik antara pemberontak dan pasukan keselamatan India.

Sekurang-kurangnya 26 orang maut apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pelancong di kawasan peranginan Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India, menurut sumber keselamatan.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan keji.

Beliau berikrar untuk mengheret pelaku ke muka pengadilan.-AFP

ROSLINA BINTI DIN