WASHINGTON, 31 Januari- Dua warga China disahkan antara mangsa nahas membabitkan perlanggaran di udara antara pesawat komersial dan helikopter tentera berhampiran Lapangan Terbang Nasional Reagan, Washington, malam Rabu.
Menurut Kedutaan China di Amerika Syarikat (AS), pengesahan itu dibuat selepas siasatan awal berhubung kejadian tersebut, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam insiden itu, pesawat yang dikendalikan anak syarikat American Airlines membawa 60 penumpang dan empat kru, manakala helikopter tentera membawa tiga orang.
Buat masa ini, pihak berkuasa percaya kesemua mangsa telah terkorban selepas kedua-dua pesawat itu terhempas di Sungai Potomac.
Sementara media AS melaporkan bahawa perakam data penerbangan dan suara kokpit atau kotak hitam pesawat telah ditemui.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) akan menganalisis peranti tersebut bagi mengenal pasti punca nahas. -AFP
BERITA BERKAITAN