fb fb fb fb fb

Pesawat terhempas di Sungai Potomac, korban belum diketahui

Tangkap layar video tular memaparkan percikan cahaya daripada sebuah pesawat sebelum dipercayai terhempas di Sungai Potomac, Washington/ Twitter @forevertrees2

WASHINGTON, D.C., 30 Januari- Sebuah pesawat kecil dilaporkan terhempas di Sungai Potomac berhampiran Lapangan Terbang Nasional Ronald Reagan di sini pada malam Rabu, dengan bot bomba sudah dikerahkan ke lokasi kejadian, menurut Jabatan Bomba Washington.

Jabatan Polis Metropolitan Columbia turut mengesahkan di media sosial bahawa mereka sedang memberi respon terhadap kejadian yang disyaki melibatkan pesawat terhempas di sungai tersebut.

"Operasi pencarian dan penyelamatan pelbagai agensi sedang giat dijalankan," menurut kenyataan itu.

Senator Amerika Syarikat dari Kansas, Jerry Moran turut mengesahkan menerusi media sosial bahawa pesawat yang terlibat dalam insiden tersebut adalah pesawat dalam perjalanan dari Kansas menuju lapangan terbang berkenaan.

Pihak lapangan terbang melaporkan semua penerbangan berlepas dan mendarat dihentikan sementara waktu bagi memberi ruang kepada pasukan kecemasan menangani insiden tersebut.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mengesahkan mereka sedang mengumpul maklumat lanjut mengenai kejadian itu. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA