fb fb fb fb fb

Mpox: Lebih 1,000 kematian di Afrika

Afrika mencatatkan 50 kematian baharu mpox / Foto AFP

KIGALI, 18 Oktober- Afrika mencatatkan 50 kematian baharu akibat mpox pada minggu lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 1,100 kematian sejak awal tahun ini, menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Dalam sidang media, Ketua Pengarah Africa CDC Jean Kaseya berkata tahun ini, sebanyak 42,438 kes mpox telah direkodkan di 18 negara Afrika.

"Kira-kira 3,051 kes baharu direkodkan pada minggu lepas, dengan wabak baharu dilaporkan di Zimbabwe dan Zambia,” katanya.

Menurut data, Wilayah Afrika Tengah menyumbang 86.4 peratus daripada semua kes yang dilaporkan.

Kaseya berkata terdapat peningkatan sebanyak 380 peratus dalam kes mpox tahun ini berbanding tahun lepas. - BERNAMA

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM