fb fb fb fb fb

Mayat wartawan Lubnan tiba di Beirut

FOTO REUTERS

BEIRUT, 27 November - Mayat dua wartawan yang bekerja untuk saluran TV Lubnan di Palestin dibawa pulang ke Beirut pada Selasa selepas terbunuh dalam serangan Israel berhampiran sempadan, lapor media Lubnan, Al Mayadeen.

Rakan-rakan mangsa hadir menyambut kepulangan jenazah di Al Mayadeen, di ibu negara Lubnan.

Kematian itu menjadikan jumlah wartawan terkorban kepada 50 sejak serangan Israel di Gaza pada 7 Oktober lalu, menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan, termasuk wartawan Reuters Issam Abdallah yang terbunuh di Lubnan berhampiran sempadan dengan Israel pada 13 Oktober.

Kebanyakan daripada mereka telah terbunuh di Semenanjung Gaza.

Al Mayadeen berkata serangan Israel pada hari Selasa berhampiran bandar Tir Harfa, kira-kira satu batu dari sempadan Israel, sengaja menyasarkan kru TV kerana saluran itu diketahui sebagai pro-Palestin dan pakatan tentera serantau pro-Iran.

"Adalah jelas bahawa Israel sengaja membunuh wartawan untuk menutup suara mereka dan untuk menghalang mereka daripada melaporkan kebenaran di sebalik jenayahnya, pemusnahan sistematik, pembunuhan dan penyasaran rumah dan infrastruktur orang awam. Atas dasar ini, ia adalah jenayah kejam, ia dikutuk, mengecam dan ia menunjukkan bagaimana Israel adalah sebuah negara bertindak di luar undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan." kata wartawan akhbar Beirut, Ghassan Jawad.

Tentera Israel berkata ia "menyedari dakwaan mengenai wartawan yang terbunuh akibat tembakan (tentera Israel).

Tentera Israel sebelum ini menyatakan tidak memberi jaminan terhadap keselamatan wartawan di kawasan peperangan.

Al Mayadeen menamakan wartawannya yang terbunuh sebagai Farah Omar, seorang wartawan, dan Rabie al-Memari, seorang jurukamera. - REUTERS

TETITIA YUSOFF