fb fb fb fb fb

Mahkamah Mesir mulakan perbicaraan kes pembunuhan Nayera Ashraf

(Nayera Ashraf dibunuh minggu lalu kerana menolak lamaran Mohamed Adel/ AFP)

AL MANSURAH, 27 Jun- Sebuah mahkamah Mesir pada Ahad memulakan perbicaraan seorang lelaki yang didakwa membunuh seorang pelajar universiti selepas wanita itu menolak lamaran tertuduh.

Nayera Ashraf maut selepas ditikam Mohamed Adel dalam satu kejadian di luar sebuah universiti, minggu lalu.

Video kes itu yang tular kemudiannya mencetuskan kemarahan orang awam.

Di Mahkamah Jenayah Mansoura, Mohamed Adel didakwa melakukan pembunuhan secara terancang selepas mengaku sengaja membunuh mangsa.

(Hakim Bahaeldin Al Merri (tengah) bercakap ketika sesi perbicaraan pertama Mohamed Adel di mahkamah Mansoura/ AFP)

Menurut pendakwa raya, tertuduh menikam mangsa beberapa kali.

Nayera menurut saksi sebelum ini pernah melaporkan ancaman ditimbulkan tertuduh kepada pihak berkuasa.

Kes bunuh di Mesir memperuntukkan hukuman mati terhadap tertuduh.

Mesir melaksanakan hukuman mati ketiga tertinggi di dunia pada 2021, menurut Amnesty International.

Perbicaraan kes seterusnya ditetapkan pada hari Selasa. -AFP

Media Baharu