fb fb fb fb fb

Lapan maut lelaki bersenjata serang bas di Pakistan

Bas itu dalam perjalanan melalui Lebuhraya Karakoram, salah satu jalan raya tertinggi di dunia/Foto REUTERS

KARACHI, 3 Disember - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah bas berhampiran bandar Chilas dekat utara Pakistan semalam, menurut jurucakap wilayah kerajaan, Muhammad Ali Johar.

Dalam kejadian itu, lapan penumpang terbunuh dan mencederakan sekurang-kurangnya 15 yang lain.

Mengulas lanjut, Muhammad Ali berkata, militan terbabit melepaskan tembakan ke arah bas pada petang semalam dan mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital.

Susulan serangan itu, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab manakala motif serangan tidak jelas.

Chilas, sebuah pekan yang terletak di kawasan pergunungan Gilgit Baltistan berhampiran wilayah Khyber Pakhtunkhwa di mana serangan di wilayah berkenaan semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketegangan turut meliputi beberapa kawasan yang dituntut oleh Taliban Pakistan atau lebih dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban (TTP).

Pekan itu juga terkenal sebagai destinasi persinggahan untuk pelancong serta berada berhampiran projek pembinaan empangan yang disokong China. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN