fb fb fb fb fb

Korea Utara kecam serangan AS ke atas kemudahan nuklear Iran

Foto REUTERS

KOREA UTARA, 23 Jun- Korea Utara pada Isnin mengutuk tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang menyerang kemudahan nuklear Iran, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran serius terhadap kedaulatan dan hak wilayah negara itu.

Dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi KCNA, Pyongyang menyalahkan AS dan Israel sebagai pencetus utama ketegangan di Asia Barat menerusi tindakan agresif dan peluasan wilayah yang disokong kuasa Barat.

Korea Utara turut menggesa masyarakat antarabangsa agar bersatu mengecam tindakan AS dan Israel secara tegas dan kolektif.

Iran dan Korea Utara telah lama menjalin hubungan erat, khususnya dalam pembangunan peluru berpandu balistik, meskipun tahap kerjasama mereka dalam program senjata nuklear masih belum jelas.– AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM