WASHINGTON, D.C., 22 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa kemudahan nuklear utama Iran dihapuskan sepenuhnya.
Menurut Trump menerusi ucapanya di White House, objektif itu bertujuan memusnahkan kapasiti pengayaan dan menghentikan ancaman nuklear yang ditimbulkan oleh Tehran.
"Malam ini, saya boleh melaporkan kepada dunia bahawa serangan itu adalah kejayaan ketenteraan yang menakjubkan", kata Trump semasa berucap diapit oleh Naib Presidennya JD Vance, Setiausaha Negara Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth.
"Terima kasih banyak. Tentera AS telah melakukan serangan tepat ke atas tiga kemudahan nuklear utama Iran iaitu Fordow, Natanz, dan Isfahan," jelas Trump lagi.
Terdahulu, Trump melalui platform Truth Social menyifatkan serangan oleh tentera AS itu sebagai satu kejayaan yang menakjubkan. Biarpun dikritik pemimpin dunia dan Ahli Kongres AS sendiri. -REUTERS