MEDELLIN, 22 Jun - Presiden Colombia, Gustavo Petro, mengkritik Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan negara itu mengebom Iran dan menyasarkan kemudahan nuklearnya.
Tidakan itu disifatkan Petro, sebagai satu tindakan yang boleh membahayakan keamanan global.
"Perbuatan ini membakar Asia Barat, ia tidak hanya menjejaskan rantau itu tetapi turut menjejaskan rakyat di Colombia.
"Sebagai manusia, kita menuntut keamanan dunia," katanya dalam satu acara di depan penyokongnya di Medellin.
Terdahulu, Tentera AS menyerang tiga tapak nuklear Iran dalam serangan yang disifatkan sangat berjaya oleh Presiden, Donald Trump.
Serangan itu menyebabkan tiga tapak Nuklear Tehran, termasuk Fordow, Natanz, dan Esfahan, musnah.
Bagaimanapun, Pertubuhan Tenaga Atom Iran memberi jaminan bahawa rancangan jahat Israel dan sekutunya itu tidak akan menghapuskan peluang Tehran membangungkan program nuklearnya.