WASHINGTON, 22 Jun - Serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran mencetuskan situasi tegang di Washington.
Penggubal undang-undang AS, ada yang memihak dan ada yang menentang tindakan yang diambil oleh Presiden AS, Donald Trump, tersebut.
Speker Dewan Rakyat, Mike Johnson di laman X berkata, operasi ketenteraan di Iran perlu menjadi peringatan yang jelas kepada Tehran dan sekutu.
"Saya berdiri bersama Presiden Trump, presiden memberi pemimpin Iran setiap peluang untuk membuat perjanjian, tetapi Iran enggan komited kepada perjanjian pelucutan senjata nuklear, katanya.
Sementara itu, ramai Ahli Kongres AS tidak bersetuju dan menentang pilihan Trump tersebut.
Wakil dari Kentucky, Thomas Massie menyifatkan tindakan itu sebagai tidak demokratik.
"Ini bukan Perlembagaan," tegasnya.
Pendapat itu disokong wakil dari California, Ro Khanna. Katanya di platform X , "Trump menyerang Iran tanpa sebarang kebenaran Kongres'.
Dalam pada itu, wakil dari Georgia, Marjorie Taylor Greene pula menegaskan, AS setiap kali diambang kehebatan, negara itu pasti terlibat dengan perang yang baharu.
"Tidak akan ada bom yang jatuh ke atas rakyat Israel sekiranya Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu, tidak menggugurkan bom ke atas Iran, kepada rakyat Iran," katanya di X. -REUTERS