fb fb fb fb fb

Jepun tingkatkan import beras berikutan penyusutan rizab

Foto Reuters

TOKYO, 22 Jun – Jepun mengambil keputusan untuk melaksanakan import beras secara kecemasan sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk bencana alam, susulan penyusutan ketara rizab beras negara itu.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, langkah tersebut diambil selepas beberapa pelepasan rizab beras dilakukan sebelum ini bagi menstabilkan harga pasaran yang meningkat secara mendadak.

Pelepasan tersebut telah mengurangkan rizab beras negara kepada sekitar 150,000 tan.

Berdasarkan perjanjian "akses minimum" dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Jepun mengimport kira-kira 770,000 tan beras setiap tahun tanpa cukai.

Daripada jumlah itu, sebanyak 100,000 tan diperuntukkan untuk kegunaan makanan ruji, manakala selebihnya digunakan sebagai makanan haiwan dan bahan untuk pemprosesan makanan.

Kebiasaannya, lelongan beras import bagi tujuan makanan ruji diadakan seawal bulan September, manakala lelongan bagi beras untuk makanan haiwan dan pemprosesan dijalankan sekitar Ogos.

Namun begitu, bagi tahun ini, Jepun memutuskan untuk memajukan tarikh lelongan beras import tersebut kepada penghujung bulan Jun sebagai langkah segera menangani kekurangan rizab sedia ada.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN