fb fb fb fb fb

AS mula serang Iran

Pesawat pengebom B-2 AS dalam penerbangan di lokasi yang tidak didedahkan. Foto AFP

WASHINGTON, 22 Jun - Tentera Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan ke atas Iran melibatkan beberapa kawasan, termasuk tiga didakwa tapak nuklear.

Perkara itu disahkan Presiden AS, Donald Trump, Pada Sabtu.

"AS telah menyelesaikan serangan ke atas tiga tapak Nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz, dan Esfahan," kata Trump menerusi satu catatan di platform Truth Socialnya.

"Satu muatan penuh bom telah digugurkan di tapak utama, Fordow," tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Trump tidak menyatakan jenis pesawat atau peluru yang digunakan.

Pengumuman Trump itu dibuat hanya dua hari selepas beliau berkata akan memutuskan "dalam masa dua minggu" sama ada akan menyertai sekutu utama Israel dalam menyerang Iran.

Terdahulu pada Sabtu, terdapat laporan bahawa pengebom B-2 AS yang membawa apa yang dipanggil bom "bunker buster" telah menuju keluar dari AS. -AFP

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI