TEHRAN, 22 Jun - Iran memberi amaran akan bertindak lebih dahsyat sekiranya kempen pengeboman selama sembilan hari Israel diteruskan.
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, sekali lagi menegaskan Tehran tidak akan menghentikan program nuklearnya dalam apa jua keadaan.
Menerusi panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Pezeshkian berkata Iran bersedia untuk berbincang dan bekerjasama untuk membina keyakinan dalam aktiviti 'nuklear aman'.
Bagaimanapun, negara itu tidak bersetuju untuk mengurangkan aktiviti nuklear kepada sifar dalam apa jua keadaan.
"Hak kami untuk meneruskan program nuklear awam tidak boleh diancam atau peperangan," katanya.
Merujuk kepada serangan Israel beliau berkata: " Tindak balas Iran terhadap pencerobohan berterusan rejim Zionis akan menjadi lebih dahsyat.
"Kami tidak bersedia untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) lagi, selagi pencerobohan berterusan," tegas Pezeshkian.
Sementara itu, pejuang Huthi di Yaman mengancam untuk meneruskan serangan ke atas kapal AS di Laut Merah jika Washington menyertai perang. - AFP