GAZA, 22 Jun – Angka kematian rakyat Palestin di Gaza kini meningkat kepada 55,908 orang, manakala 131,138 cedera sejak tercetusnya konflik antara Hamas dan Israe pada Oktober 2023, menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Sabtu.
Dalam insiden terbaharu, media Palestin melaporkan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang awam berhampiran sebuah lokasi agihan makanan di kawasan koridor Netzarim, tengah Gaza, pada pagi Jumaat.
Serangan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 25 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 120 lagi cedera.
Bagaimanapun, tentera Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.
Konflik yang berterusan itu terus mencetuskan kebimbangan antarabangsa, dengan kebanyakan agensi kemanusiaan menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan orang awam serta akses kepada bantuan asas di Gaza yang semakin kritikal.-REUTERS