fb fb fb fb fb

Belon udara panas terhempas di Santa Catarina, siasatan dilancarkan

Foto AFP

PRAIA GRANDE, 22 Jun – Pihak berkuasa Brazil telah memulakan siasatan berhubung insiden nahas belon udara panas yang mengorbankan lapan orang di negeri selatan Santa Catarina, menurut kenyataan Setiausaha Negeri bagi Keselamatan Awam, Flavio Graff, kepada media pada Sabtu.

Belon pelancongan yang membawa 21 penumpang itu dilaporkan terbakar ketika dalam penerbangan pada awal pagi sebelum terhempas di kawasan hutan berhampiran bandar Praia Grande.

Menurut Jabatan Bomba negeri, seramai 13 penumpang berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Jurucakap jabatan tersebut memaklumkan kesemua mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil dan tiada yang mengalami kecederaan yang kritikal.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN