fb fb fb fb fb

Pengaman Zambia maut dalam serangan kumpulan bersenjata di Republik Afrika Tengah

Foto ARKIB

BANGUI, 22 Jun - Seorang anggota pengaman dari Zambia yang menyertai misi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Afrika Tengah (CAR) terbunuh dalam satu serangan oleh kumpulan bersenjata di timur laut negara itu.

Ia serangan maut ketiga terhadap rondaan misi pengaman tahun ini.

Ketua Misi PBB di CAR (MINUSCA) Valentine Rugwabiza dalam hantaran yang dimuat naik di facebook menyatakan kebimbangannya terhadap peningkatan serangan yang menyasarkan pasukan pengaman.

"Kami menggesa agar pihak berkuasa CAR dapat mencari pelaku dan dibawa ke muka pengadilan dengan segera," tambah hantaran tersebut.

Sejak MINUSCA ditubuhkan pada tahun 2014 bagi menstabilkan negara yang bergolak itu, seramai kira-kira 150 anggota pasukan pengaman telah terkorban.

Republik Afrika Tengah, antara negara termiskin di dunia, berkongsi sempadan di wilayah Vakaga dengan Sudan. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN