fb fb fb fb fb

Panama gantung perkhidmatan internet mudah alih susulan pengisytiharan darurat

Foto AFP

PANAMA CITY, 22 Jun - Pihak berkuasa Panama umum penggantungan sebahagian perkhidmatan internet dan telefon mudah alih di wilayah barat Bocas del Toro, yang diisytiharkan darurat susulan protes anti kerajaan.

Pihak Berkuasa Perkhidmatan Awam Negara (ASEP) dalam kenyataan menerusi laman X memaklumkan bahawa, selaras dengan dekri darurat, penggantungan perkhidmatan itu hanya terlibat di kawasan kediaman dengan diselaraskan sehingga 25 Jun.

Bagaimanapun sambungan sistem komunikasi itu kekal beroperasi untuk kemudahan kesihatan, sektor perniagaan dan agensi kerajaan.

Protes anti-kerajaan bermula hampir dua bulan lalu, berpunca daripada isu pencen menyebabkan Presiden, Jose Raul Mulino, mengisytiharkan darurat di kawasan yang popular dengan hasil pengeluaran pisang itu.

Selain itu, para penunjuk perasaan turut membantah perjanjian yang dimeterai Mulino dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, April lalu yang membenarkan tentera AS ditempatkan di pangkalan tentera Panama di sepanjang Terusan Panama.

Setakat ini, protes telah mengorbankan satu nyawa, menyebabkan lebih 100 tangkapan, dan mencederakan puluhan orang termasuk 13 anggota polis. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN