fb fb fb fb fb

Jepun seru tindakan reda ketegangan AS-Iran

Shigeru Ishiba/ REUTERS

TOKYO, 22 Jun- Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, menggesa semua pihak mengambil langkah meredakan ketegangan susulan serangan Amerika Syarikat ke atas tapak nuklear utama Iran, selain mahu "pembangunan senjata nuklear Iran dihentikan."

Dalam kenyataan yang dibuat susulan ketegangan terbaru di Asia Barat, Ishiba tidak memperincikan sama ada kerajaan Jepun menyokong tindakan serangan Washington, sebaliknya memaklumkan bahawa isu tersebut akan dibincangkan secara lanjut dengan pemerintah Jepun.

Kenyataan beliau itu selepas Amerika Syarikat melancarkan serangan udara terhadap tiga tapak nuklear utama Iran.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran bahawa Tehran akan berdepan serangan lebih dahsyat sekiranya enggan bersetuju dengan perdamaian.

Keputusan Trump untuk menyertai ketenteraan Israel terhadap Iran, ia dilihat sebagai satu peningkatan besar dalam konflik sedia ada dan berisiko mencetuskan era baharu ketidakstabilan di Asia Barat.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI