fb fb fb fb fb

Penunjuk perasaan Pro-Palestin bantah perang di Gaza, ketegangan Iran-Israel

Penunjuk perasaan memegang kain rentang dan bendera Palestin/ REUTERS

NEW YORK, 21 Jun- Penunjuk perasaan pro-Palestin memenuhi Union Square di New York, membantah perang berterusan di Gaza serta konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran.

Penunjuk perasaan pro-Palestin, Phil Tottenham menyatakan peperangan yang berlaku memperlihatkan lebih banyak kemusnahan dan kematian.

"Kami sudah penat dengan perang dan hanya mahukan keamanan," kata Phil Tottenham.

Protes itu berlangsung ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan bahawa pasukan tenteranya melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear utama Iran.

Beliau turut memberi amaran bahawa Tehran akan berdepan serangan yang lebih dahsyat jika enggan menerima cadangan damai.

Tindakan Trump untuk menyertai ketenteraan Israel terhadap Iran dilihat sebagai peningkatan ketara dalam konflik serantau yang dikhuatiri boleh mencetuskan era baharu ketidakstabilan di Asia Barat.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI