ISFAHAN, 23 Jun- Beberapa letupan dilaporkan berlaku di wilayah Isfahan pada Ahad, susulan kenyataan Amerika Syarikat (AS) yang mengesahkan serangan terhadap tiga lokasi kemudahan nuklear utama Iran.
Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan bunyi letupan kuat, dengan bebola api kelihatan menerangi langit, diikuti kepulan asap tebal yang menjulang ke udara.
Letupan dalam video itu dilaporkan berlaku berhampiran tapak nuklear Isfahan.
Presiden AS, Donald Trump, dalam ucapan yang disiarkan secara langsung kepada rakyatnya pada Sabtu, memaklumkan bahawa Isfahan adalah antara sasaran utama dalam siri serangan tersebut.
Langkah Washington untuk menyertai kempen ketenteraan Israel terhadap Iran dilihat sebagai peningkatan ketara dalam konflik serantau, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap ketidakstabilan baharu di Asia Barat.- REUTERS
BERITA BERKAITAN: