fb fb fb fb fb

Kami akan jaga keamanan Syria - Erdogan

Recep Tayyip Erdogan

ISTANBUL, 23 Jun - Syria tidak akan diheret kembali ke kancah kekacauan dan ketidakstabilan.

Demikian tegas Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan susulan serangan bunuh diri yang meragut 22 nyawa di sebuah gereja di Damsyik.

"Kami tidak akan sekali-kali membenarkan jiran dan saudara kami, Syria ditarik kembali ke dalam suasana ketidakstabilan melalui organisasi dan proksi-proksi pengganas," katanya.

Tambah Erdogan, pihaknya akan terus menyokong perjuangan kerajaan baharu Syria bagi memastikan keamanan terus berkekalan.

Damsyik menyifatkan serangan itu sebagai usaha untuk menggugat keharmonian nasional dan menjejaskan kestabilan negara yang baru sahaja mula keluar daripada kekacauan pasca perang saudara.

Ia insiden pertama seumpamanya berlaku di ibu negara Syria sejak kejatuhan regim Bashar al-Assad enam bulan lalu. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN