fb fb fb fb fb

China desak Israel dan Iran kawal konflik

Guo Jiakun

BEIJING, 23 Jun - China gesa Iran dan Israel supaya meredakan ketegangan bagi mengelakkan perang daripada merebak.

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun berkata pihak-pihak yang terlibat perlu mencari penyelesaian politik dengan segera.

"China menggesa pihak-pihak yang terlibat dalam konflik agar tidak terus memburukkan keadaan, mengelakkan peperangan daripada merebak, dan kembali kepada penyelesaian politik," katanya.

Beijing turut meminta masyarakat antarabangsa untuk melakukan lebih banyak usaha bagi mengelakkan pertempuran antara dua seteru itu yang dilihat mampu menjejaskan ekonomi global.

Serangan udara antara Israel-Iran kini masuk hari ke-11 tanpa tanda-tanda untuk reda.

Bahkan Iran berikrar untuk membalas tindakan Amerika Syarikat yang melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran hujung minggu lalu. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN