fb fb fb fb fb

Korea Utara dibuka semula kepada pelancong antarabangsa

Foto AFP

BEIJING, 15 Ogos - Korea Utara akan dibuka semula kepada pelancongan asing pada Disember selepas hampir lima tahun penutupan yang dicetuskan oleh COVID, kata dua pengendali pelancongan pada Rabu.

"Kami telah menerima pengesahan daripada rakan kongsi tempatan kami bahawa pelancongan ke Samjiyon dan berkemungkinan seluruh negara akan disambung semula secara rasmi pada Disember 2024," kata Koryo Tours menerusi laman webnya yang berpangkalan di Beijing.

Samjiyon, berhampiran sempadan utara bergunung-ganang Korea Utara dengan China, merupakan bandar pintu masuk ke Gunung Paektu, di mana naratif rasmi mengatakan mendiang pemimpin tertinggi Kim Jong Il dilahirkan.

Anak lelaki dan penggantinya, Kim Jong Un, telah membuat pelaburan yang besar untuk membangunkan kawasan itu, dengan beberapa projek termasuk pangsapuri baharu, hotel dan pusat peranginan ski.

Korea Utara menutup sempadannya pada awal tahun 2020 bagi melindungi daripada wabak COVID-19, malah warganegaranya sendiri dihalang daripada memasukinya selama bertahun-tahun.

Namun tanda-tanda pembukaan semula bermula pada separuh kedua tahun 2023, dengan penyambungan semula penerbangan antarabangsa membolehkan warga negara yang terkandas pulang ke tanah air.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN