Flavio Bolsonaro cipta kejutan

Lebih 158 juta pengundi layak menunaikan tanggungjawab

BRASILIA, 5 Oktober – Senator Flavio Bolsonaro mencipta kejutan dalam pilihan raya Presiden Brazil dengan mengatasi Presiden Luiz Inacio Lula da Silva menerusi keputusan awal yang diperoleh pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan awal bercanggah dengan tinjauan; Bolsonaro 47% berbanding Lula 45%.
  • Pilihan raya turut memilih gabenor, anggota Senat dan Dewan Rakyat.
  • Kemenangan Bolsonaro berpotensi mengubah politik Amerika Latin, menandakan kebangkitan keluarga Bolsonaro dan menimbulkan perdebatan hubungan Brazil-AS serta campur tangan asing.

Dalam keputusan yang bercanggah dengan unjuran tinjauan pendapat menunjukkan Bolsonaro memperoleh 47 peratus undi berbanding 45 peratus bagi penyandang jawatan itu.

Lebih 158 juta pengundi layak menunaikan tanggungjawab yang melibatkan pemilihan gabenor, anggota Senat serta Dewan Rakyat.

Pilihan raya kali ini menyaksikan persaingan antara Bolsonaro, 45 tahun yang merupakan anak sulung bekas Presiden, Jair Bolsonaro dengan Lula, 80 tahun.

Sekiranya Bolsonaro memenangi pilihan raya pada 25 Oktober, kuasa besar Amerika Latin itu dilihat bakal menyertai gelombang peralihan politik yang semakin ketara di rantau itu, dalam beberapa pilihan raya kebelakangan ini, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Lula, yang memburu penggal keempat sebagai presiden bagi mengukuhkan legasinya.

Pilihan raya itu membuktikan kebangkitan semula keluarga Bolsonaro selepas Jair tewas dalam usaha mempertahankan jawatan pada 2022, yang kemudian membawa kepada rusuhan ganas di ibu negara serta sabitan terhadapnya tahun lepas kerana cuba melakukan rampasan kuasa.

Dan, pilihan raya itu juga dibayangi perdebatan mengenai hubungan Brazil dan Amerika Syarikat (AS) juga dakwaan kemungkinan campur tangan asing. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.