fb fb fb fb fb

Konflik Israel-Gaza: Angka korban kini cecah 39,790 orang

Seorang pemuda Palestin yang bekerja bersama ayahnya di bilik mayat yang masih belum dikenal pasti identiti mangsa korban serangan Israel, di Hospital Nasser, di selatan Gaza/Foto AFP

GAZA, 10 Ogos - Memasuki bulan ke-11, angka kematian akibat serangan genosid rejim zionis Israel di Gaza telah meningkat kepada 39,790 orang, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza.

Jumlah itu termasuk 91 kematian dalam 48 jam sebelumnya.

Pada awal pagi tadi, rejim zionist Israel menyerang dan mengebom sebuah sekolah di Gaza yang menjadi tempat perlindungan penduduk Palestin.

Dalam serangan itu seramai 93 menjadi mangsa korban yang mana melibatkan serangan sebuah masjid.

Antara yang terkoban termasuk kanak-kanak dan wanita.

Konflik yang berpanjangan itu telah menyebabkan ramai kehilangan nyawa. - AFP

BERITA BERKAITAN:

 

GRACE AISYAH KEDAYAN