fb fb fb fb fb

Zionis Israel serang sekolah di Gaza, 100 orang terbunuh

Rakyat Palestin melakukan solat jenazah buat mangsa yang terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di sebuah sekolah hari ini/Foto REUTERS

GAZA, 10 Ogos - Lebih daripada 100 orang Palestin telah terbunuh dan puluhan lagi cedera akibat serangan udara oleh rejim Israel di sebuah sekolah di Gaza.

Sekolah itu digunakan sebagai tempat perlindungan untuk pelarian.

Tentera Israel menyatakan bahawa serangan itu menyasarkan pusat operasi milik Hamas.

Pejabat media kerajaan Gaza berkata, jumlah korban meningkat kerana serangan berlaku semasa penduduk Palestin sedang menunaikan solat Subuh.

Tentera Israel juga berkata bahawa mereka menyerang pusat kawalan yang digunakan oleh kumpulan dan pemimpin Hamas.

Tentera Udara Israel (IAF) menyasarkan pejuang Hamas yang terletak di sekolah sekolah Al-Taba'een, berhampiran masjid di Daraj Tuffah.

Sebelum serangan, pelbagai langkah diambil untuk mengurangkan risiko mencederakan orang awam, termasuk menggunakan peluru tepat, pengawasan udara, dan maklumat risikan. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN