fb fb fb fb fb

Angka korban penduduk Palestin meningkat lebih 38,000

Foto AFP

GAZA, 9 Julai- Sekurang-kurangnya 38,243 orang penduduk Palestin terkorban dalam konflik berterusan antara Palestin dan Israel.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata lebih 88,000 warga Palestin cedera sejak konflik tercetus pada Oktober tahun lalu.

Menurut kementerian itu, sebanyak 50 rakyat Palestin terkorban dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, penduduk tempatan berkata kawasan kejiranan Bandar Gaza menjadi sasaran bom rejim zionis sepanjang malam hingga awal pagi semalam. Beberapa bangunan bertingkat turut musnah.

Penduduk memberitahu serangan udara dan serangan artileri adalah antara yang paling dahsyat dalam tempoh lebih sembilan bulan konflik antara tentera Israel dan Hamas di kawasan itu.-AFP

ROSLINA BINTI DIN