fb fb fb fb fb

Mahkamah Rusia arahkan penahanan Balu Navalny ‘in absentia’

balu bekas pemimpin pembangkang Rusia, Yulia Navalyana/Foto REUTERS

LONDON, 10 Julai-Mahkamah Moscow pada Selasa mengarahkan Yulia Navalnaya,balu bekas pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny ditahan tanpa kehadiran (in absentia) selama dua bulan.

Mahkamah turut mendakwa Navalnaya yang tinggal di luar Rusia terlibat dalam kumpulan ekstrimis.

Keputusan mahkamah berkenaan bermakna Navalnaya bakal berdepan penahanan sekiranya dia kembali menjejakkan kaki kembali ke Rusia.

Navalnaya 47 tahun menjadi tumpuan berikutan kematian suaminya di sebuah penjara di Artik pada Februari lalu.

Dia dilaporkan berkata menyambung semula perjuangan Navalny yang mengimpikan "Masa depan Rusia yang gemilang pada masa depan".

Menulis di X pada Selasa, Navalny memberitahu para penyokongnya agar tidak terganggu dengan perintah mahkamah berkenaan tetapi fokus dengan perang menentang Presiden Rusia, Vladimir Putin.

"Sekiranya anda menulis, jangan lupa untuk mencoretkan perkara paling penting iaitu Vladimir Putin adalah seorang pembunuh dan penjenayah perang.

"Tempatnya adalah di penjara dan bukannya di mahkamah dunia, The Hague tetapi di Rusia. Di lokasi dan sel penjara sama ketika dia membunuh Alexei", tulisnya.

Kremlin berulang-ulang kali menafikan penglibatan merancang pembunuhan Navalny.

Sejak kematian suaminya, Navalny telah bertemu beberapa pemimpin barat, termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD