fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza kini melebih 35,900

FOTO AFP

GAZA, 26 Mei- Sekurang-kurangnya 35,903 orang telah terbunuh di Gaza sejak lebih tujuh bulan wilayah itu diserang Israel.

Perkara itu diumumkan Kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas pada Sabtu.

Menerusi satu kenyataan, jumlah korban termasuk 46 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sementara itu, seramai 80,420 orang telah cedera di Semenanjung Gaza sejak perang bermula, Oktober tahun lalu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE