fb fb fb fb fb

AS bimbang latihan ketenteraan China di Selat Taiwan

Foto Kementerian Pertahanan Taiwan/REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 26 Mei- Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) bimbang berikutan latihan ketenteraan China di Selat Taiwan dan sekitar Taiwan.

"Menggunakan peralihan biasa, rutin, dan demokratik dijadikan sebagai alasan untuk provokasi ketenteraan. Ia berisiko menghakis norma lama yang mengekalkan keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan," kata Jabatan Negara itu dalam satu kenyataan.

Jabatan berkenaan mengeluarkan kenyataan itu selepas China menamatkan dua hari latihan perang di sekitar Taiwan. Latihan yang dilakukan adalah simulasi serangan dengan pengebom dan berlatih menaiki kapal.

Latihan pada Sabtu itu dikutuk Taiwan dan disifatikan sebagai "provokasi terang-terangan".

China yang mendakwa mentadbir Taiwan secara demokratik sebagai wilayahnya sendiri telah melakukan latihan itu tiga hari selepas Lai Ching-te menjadi presiden Taiwan.

Beijing berkata latihan itu adalah raptai untuk ucapan perasmian Lai pada Isnin.

Pada masa sama beliau berkata kedua-dua belah Selat Taiwan "tidak tunduk antara satu sama lain".- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI