BAITULMAQDIS, 26 Mei- Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memerintahkan rejim zionis Israel untuk meghentikan serangannya ke atas Rafah di selatan Gaza ia bagi memberi ruang bantuan dan keselamatan terhadap penduduk Palestin.
Dalam keputusan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel dalam kes Afrika Selatan, hakim-hakim di mahkamah itu mengarahkan rejim zionis pada Jumaat untuk menghentikan serta-merta serangannya ke atas Rafah.
Penasihat Keselamatan Israel Tzachi Hanegbi dalam satu temu bual di stesen tempatan pada Sabtu berkata, serangan terhadap Rafah tetap diteruskan meskipun mendapat arahan daripada ICJ.
Pada masa sama Hanegbi menafikan telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas Palestin, namun perkara itu tidak mendapat sebarang maklum balas ICJ.
Ketika membacakan keputusan itu, Presiden ICJ, Nawaf Salam berkata, keadaan di Gaza semakin merosot sejak kali terakhir mahkamah mengarahkan Israel mengambil langkah untuk menghentikan serangan dan syarat telah dipenuhi untuk perintah kecemasan baharu.
"Israel hendaklah (...) dengan serta-merta menghentikan serangan ketenteraannya, dan sebarang tindakan lain di Rafah, boleh menyebabkan kemusnahan penduduk Palestin di Gaza secara fizikal dan keseluruhan," kata Salam.
Kata-kata itu tidak menolak semua tindakan ketenteraan, kata pegawai Israel itu.
"Kami tidak pernah, dan kami tidak akan, melakukan apa-apa tindakan ketenteraan di Rafah atau di tempat lain yang boleh menyebabkan sebarang keadaan hidup untuk membawa kemusnahan penduduk awam di Gaza, bukan secara keseluruhan dan bukan sebahagian," kata pegawai itu.
Walaupun mahkamah tidak menguatkuasakan perintah, kes itu adalah tanda pengasingan diplomatik Israel yang semakin meningkat terhadap serangan yang dilakukan ke atas Palestin.- REUTERS