fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 37,626 orang

Foto AFP

GAZA, 24 Jun- Sekurang-kurangnya 37,626 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel, sejak konflik Israel-Hamas bermula 7 Oktober lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian kesihatan Gaza.

Jumlah korban termasuk sekurang-kurangnya 28 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Serangan Israel turut menyebabkan 86,098 penduduk Palestin mengalami kecederaan. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM